[VIDEO] 'Ini bukan salah camera, ini cara baru nak lariskan drama'
PERKONGSIAN video pendek drama Lelakimu Yang Dulu lakonan Shaarnaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang memaparkan kecacatan sudut kamera yang dikatakan salah 'konti' mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Video berdurasi 42 saat itu memaparkan Shaarnaz yang ketika itu memakai cermin dari mata dari sudut belakang kepalanya di dalam kereta namun dari sudut kamera di hadapan mukanya di dalam kereta cermin mata itu tiada.
Kecacatan itu dilihat berlaku berulang kali pada babak yang sama dan kesilapan tersebut yang dikongsi oleh @Helmi_06 kini tular di Twitter yang meraih 626,700 tontonan, 39,700 ulang kicau.
@Helmi_06 turut memuat naik memberitahu "Aku dok perhati je spec (cermin mata) dia,".
Kesilapan tersebut juga mengundang kecaman dan pelbagai komen daripada netizen sehingga mereka mempertikaikan kualiti drama tempatan yang berpendapat sepatutnya paparan sudut kamera tersebut tidak berlaku dan disiarkan di television.
@Heypopoi menulis " Ini salah konti, Patutnya orang yang jaga konti kena menyedari perkara seperti ini. Ini mesti kena hamun sahaja ini lepas video tersebut siap disunting (edit). Hahaha,".
"Inilah punca aku tak minat langsung nak tengok drama Melayu. Nampak sangat kesalahannya itu dah terang-terangan. Sampah wey drama movie kalau macam ini pun boleh disiarkan di tv," tulis Abubaba11 di Twitter.
Namun ada juga warganet di Twitter yang berpendapat babak lari 'konti' itu sebagai gimik mereka untuk melariskan drama tersebut bagi meraih jumlah tontonan yang lebih tinggi.
"Aku rasa ini bukan sahaja salah konti atau sudut kamera namun aku rasa cara diorang untuk menaikkan rating drama tersebut supaya orang yang tak tengok pun akan nak tengok drama itu," kata ibahranu78.
Aku duk perati je spec dia pic.twitter.com/8knPj5Aybf
— Reyes (@Helmi_06) October 27, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!